suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zakar membusuk selepas dipatuk ular ketika guna tandas di safari

Akibat patukan itu, zakar lelaki berkenaan terpaksa dibedah. Gambar hiasan

GARA-GARA dipatuk seekor ular berbisa ketika menggunakan tandas duduk di safari, seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada zakarnya sehingga terpaksa menjalani pembedahan rekonstruktif.

Ketika mangsa yang berusia 47 tahun itu sedang menunggu kedatangan ambulans udara di Afrika Selatan, alat kelaminnya menunjukkan tanda-tanda diserang 'penyakit pemakan daging' di mana bahagian organ itu bertukar menjadi ungu.

Dengan hospital terdekat hanya terletak 220 batu (354 kilometer) dari rizab safari, lelaki yang berasal dari Netherlands itu hanya mampu melihat alat kelaminnya makin membusuk.

Reptilia tersebut sememangnya sudah lama bersembunyi di dalam mangkuk tandas apabila lelaki tersebut menggunakannya.

Difahamkan, tisu zakar lelaki itu rosak teruk dan rawatan kecemasan tidak mencukupi untuk menyelamatkan organ tersebut.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan rekonstruktif pada zakarnya dengan menggunakan cantuman tisu dari tempat lain di pangkal pahanya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain