suria

Pernah tidur di taman awam, lelaki gelandangan akhirnya berjaya ubah nasib... kini miliki lebih 100 rumah

Nick kini memiliki lebih 100 rumah di AS dan Romania.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah kisahnya mengenai lelaki dari Romania, Nick Mocuta, 37, yang pernah menjadi gelandangan ketika dia pertama kali berpindah ke Amerika Syarikat (AS), suatu masa lalu.

Kata Nick, dia baru berusia 21 tahun ketika berpindah ke AS dan terpaksa tidur di taman-taman awam gara-gara ketiadaan wang.

Beberapa bulan kemudian, Nick diterima bekerja dengan gaji yang cukup rendah, namun dia sudah mampu untuk menyewa flat murah.

Pada masa sama, Nick turut mendapatkan lesen hartanah demi mengembangkan kerjaya dan mencari pendapatan sampingan.

Kemudiannya pada 2013, pertaruhan Nick untuk berniaga kelengkapan telefon bimbit dari Cina secara dalam talian ternyata membawa pulangan berganda kepadanya.

Hasil usahanya itu, Nick berjaya meraih keuntungan besar sehingga mengubah nasibnya yang dulu hanya seorang gelandangan.

Kini, Nick memiliki lebih 100 rumah di AS dan Romania.

Malah, dia juga memiliki empat buah kereta mewah hasil perniagaan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain