suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki disiasat atas dakwaan bunuh selepas langgar kanak-kanak dengan sengaja

Lelaki disiasat kerana disyaki membunuh dan mencederakan kanak-kanak dengan melanggar mereka dengan sengaja

SEORANG lelaki di Jerman berdepan siasatan membunuh selepas dia dilihat sengaja memandu ke arah sekumpulan pelajar sekolah sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar wanita berusia lapan tahun dan mencederakan dua lagi rakannya.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada Jumaat di luar sebuah pusat jagaan harian di Witzenhausen, berhampiran pusat bandar Kassel, pada mulanya dianggap sebagai kemalangan.

Tetapi polis dan pendakwa raya berkata pada hari Isnin bahawa saksi dan penilaian pakar kini membuatkan mereka mengesyaki bahawa lelaki tempatan berusia 30 tahun itu sedang aktif mengemudikan kereta tersebut ke arah kanak-kanak tersebut.

Mereka berkata dalam satu kenyataan bahawa pihak pendakwa telah membuka siasatan kerana disyaki membunuh, cubaan membunuh dan menyebabkan kecederakan.

Penyiasat juga mengesahkan pemandu itu disyaki menghidap penyakit psikiatri dan dia telah dihantar ke hospital psikiatri.

Mereka berkata tidak ada petunjuk bahawa dia mempunyai motif pelampau atau terlibat dengan aktiviti pengganas. - AP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain