suria

Gempar lelaki bogel terperangkap dalam dinding teater

Dinding dipecahkan untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap. foto SYRACUSE FIRE DEPARTMENT

SEORANG lelaki diselamatkan selepas terperangkap di dalam dinding sebuah teater.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan, selepas kedengaran seseorang menghentak dinding dan meminta bantuan.

Dipercayai lelaki tersebut terperangkap di dalam ruang sempit itu selama dua hari di Syracuse di New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan BBC, pasukan penyelamat memecahkan dinding teater dan dilaporkan lelaki itu ditemui dalam keadaan berbogel.

Dalam satu kenyataan di Facebook, jabatan bomba Syracuse berkata, tidak dipastikan bagaimana lelaki berkenaan memasuki ruang sempit di belakang dinding tersebut.

Bercakap kepada Syracuse.com, pengarah Landmark Theatre, Mike Intaglietta berkata, lelaki itu dikesan berkeliaran di dalam teater awal minggu ini.

Menurut Intaglietta, para pekerja yang mengenal pastinya kemudian tidak dapat menjejakinya dan menganggap lelaki itu telah beredar.

"Saya tidak tahu sama ada dia masuk untuk memanaskan badan atau mahu menggunakan bilik air. Saya tidak tahu," tambahnya.

Polis berkata, lelaki itu dikatakan menghidap penyakit mental dan tidak akan didakwa. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain