suria

Wanita berkhemah terkejut nampak kelibat lembaga misteri atas pokok 3 pagi

Kelibat lembaga misteri di atas pokok menjadi tanda tanya. sumber YouTube / MrMBB333

SATU video menyeramkan didakwa menunjukkan satu makhluk sedang merenung seorang wanita yang berdiri di luar khemah, pada tengah malam.

Dalam klip video itu, yang dikongsi menerusi saluran YouTube MrMBB333, makhluk yang menyerupai manusia kelihatan sedang meringkuk di dahan sebatang pokok besar.

Sepasang bintik-bintik yang terang kelihatan seperti mata, sekali gus membuatkan ramai percaya ia merupakan sejenis haiwan atau seseorang.

Malahan, terdapat sangkaan bahawa makhluk di atas pokok itu seperti Bigfoot.

Kejadian dirakam di tapak perkhemahan di Edenbridge, Kent di England, kira-kira pukul 3 pagi.

Wanita berkenaan keluar dari khemah untuk menyiasat punca bunyi aneh dan mengambil gambar secara rawak sehingga merakamkan mahkluk itu dalam kegelapan.

YouTuber itu berkata: "Anda boleh melihat sesuatu di atas pokok ini... anda boleh tahu itu bukan dahan, bukan daun. Ia hampir mempunyai bentuk tubuh manusia." - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

lelaki misteri, makhluk aneh, Bigfoot,

Artikel Lain