suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak 10 tahun maut diserang anjing

Polis menjalankan siasatan dekat lokasi kejadian. foto Wales News Service

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dilaporkan diserang oleh seekor anjing di Wales.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah rumah Pentwyn, Penyrhoel, pada petang Isnin.

Susulan tragedi itu, anjing berkenaan telah dimusnahkan oleh pasukan keselamatan.

Tiada haiwan lain terlibat dalam kejadian itu.

Pasukan paramedik dari Welsh Ambulance Service bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 3.55 petang waktu tempatan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Ketua Superintendan Mark Hobrough dari Polis Gwent berkata: "Polis akan melakukan siasatan lanjut pada masa ini dan berada di lokasi kejadian ketika siasatan berjalan." - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain