suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Gara-gara cinta tak direstui, pasangan kekasih mati bersama selepas nekad minum racun

Pasangan kekasih dari Pakistan itu nekad meminum racun selepas cinta mereka tidak direstui keluarga. Gambar hiasan

SEPASANG kekasih nekad meminum racun selepas ibu bapa masing-masing tidak merestui hasrat mereka untuk berkahwin.

Pasangan yang dikenali sebagai Muqaddas dan Adnan dari Pakistan, membunuh diri ketika wanita itu bakal berkahwin dengan lelaki lain yang dipilih ibu bapanya untuknya.

Dilaporkan, insiden tragis itu berlaku ketika majlis perkahwinan Muqaddas sedang berlangsung, sejurus sebelum ketibaan pengantin lelaki dan keluarganya.

'Romeo dan Juliet' Pakistan itu dilaporkan ditemui dalam keadaan kritikal pada 7 November selepas mereka meminum racun.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Menurut polis, Muqaddas dan Adnan telah bercinta dan berharap untuk mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan.

Bagaimanapun ibu bapa Muqaddas tidak merestui hubungan mereka, sebaliknya memilih pasangan yang berbeza untuk anak mereka. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain