suria

Ikan Mola Mola gergasi terperangkap dalam jaring nelayan

Ikan gergasi yang diklasifikasikan sebagai spesies terancam ini kemudiannya dilepaskan semula ke laut.

IA kelihatan seperti sesuatu dari filem fiksyen sains.

Dengan saiznya yang sepanjang lebih 10 kaki dan selebar 9 kaki, tidak hairanlah ahli biologi Marin Enrique Ostale tidak percaya akan nasibnya pada hari itu aabila dia berpeluang untuk melihat ikan Mola Mola atau Sunfish gergasi tersebut secara berdepan.

Ostale pada mulanya dipanggil untuk memeriksa ikan tersebut yang terperangkap di dalam jaring nelayan di luar pantai Mediterranean awal bulan ini.

"Ketika kami tiba di sana, rasa terkejut, dan kami tak percaya kami bernasib baik, sebab kami ada baca buku dan artikel mengenai saiz ikan Mola Mola tapi kami tak sangka dapat melihat dan menyentuhnya," katanya.

Kulit ikan tersebut berwarna kelabu gelap, ia memiik alur bulat di bahagian sisinya dan kepalanya yang besar dan kelihatan prasejarah.

Spesimen ini berkemungkinan sejenis Mola Alexandrini.

"Normal untuk jumpa ikan bersaiz besar tapi tidak sebesar ini. Menurut bibliografi, ikan ini boleh mencapai berat sehingga 2000 kilogram.

"Apa yang kita pasti adalah penimbang 1000-kilogram itu tidak berfungsi. Bacaan itu salah dan ia hampir pecah, jadi kalau lihat pada kajian lain dan bandingkan ukuran, berat ikan ini mungkin boleh mencapai 2000 kilogram. "

Setelah Ostale dan rakan-rakan biologinya mengambil ukuran, gambar, dan sampel DNA, ikan itu dikembalikan ke laut dan ia hilang dengan sepantas kilat.

Ikan gergasi tersebut diklasifikasikan sebagai spesies terancam dan tidak dimakan di Eropah. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or