suria

33 tahun menetap bersendirian di pulau, lelaki ini akhirnya pindah ke bandar

Morandi terpaksa meninggalkan pulautersebut kerana ia bakal dijadikan sebagai pusat observasi alam sekitar.

SEORANG lelaki Itali menghabiskan hampir 33 tahun tinggal di Pulau Budelli dengan hanya ditemani beberapa ekor kucing dan burung liar.

Lelaki berkenaan, Mauro Morandi tidak mempunyai kawan dalam kalangan manusia di pulau itu sejak tiga dekad yang lalu.

Morandi berpindah ke Pulau La Maddalena yang berdekatan pada Mei lalu, menggunakan wang pencennya ketika bekerja sebagai guru untuk membeli rumah baharu.

"Sudah lama saya tinggal sendirian dan selama bertahun-tahun setelah pertama kali mendarat di Budelli, saya tidak bercakap dengan sesiapa pun.

"Betul, saya kini tidak dapat menikmati suasana bersendirian di pulau itu lagi, tetapi kehidupan kini telah berubah dan fokus kepada berkomunikasi serta berada dekat dengan orang lain," katanya.

Morandi mendarat di Pulau Budelli pada tahun 1989 setelah cuba berlayar dari Itali ke Polinesia. Sebaliknya, dia jatuh cinta dengan pulau yang tenang dan memutuskan untuk mendirikan rumah di sana.

Namun, setelah menghabiskan separuh hidupnya bersendirian, lelaki berusia 82 tahun itu telah memulakan kehidupan baru di kota kerana pihak berkuasa mengumumkan akan menjadikan pulau itu sebagai sebuah pusat observasi alam sekitar. -INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or