suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ada hidang menu kelawar ke?” - Gurauan Covid-19, pemilik restoran China kecewa jadi mangsa ‘prank call’

Restoran Kungfu Kitchen Chinese di Reading, Berkshire, England yang menjadi mangsa 'prank call' individu tidak bertanggungjawab.

PASANGAN pengusaha sebuah restoran di China mendedahkan kisah mereka yang sering menjadi mangsa ‘prank call’ individu tidak bertanggungjawab.

Menurut pasangan Steven Mann dan isterinya yang berbangsa China, Joanna, ada individu menghubungi mereka dan bertanyakan menu haiwan eksotik seperti kelawar.

Ujarnya, haiwan itu menjadi bahan jenaka kerana ia pernah dikaitkan sebagai punca penularan Covid-19 di Wuhan pada tahun lalu.

Pasangan itu merupakan pemilik kepada restoran Kungfu Kitchen Chinese di Reading, Berkshire, England.

"Ia menjengkelkan. Kami nak jalankan perniagaan tapi asyik menerima panggilan ini.

"Ia membazir masa kami," kata Steven.

Selain pertanyaan berbentuk jenaka mengenai menu kelawar, ada yang turut bertanya mengenai masakan daging anjing dan kucing kepada pasangan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain