suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 individu dakwa lihat UFO bersaiz lori terbang di gurun

Kejadian itu didakwa berlaku pada Isnin lalu.

DUA individu mendakwa mereka melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sebuah gurun di Arizona, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menurut Kristian Noel, 50, dan Kelly Dees, 49, mereka pada waktu itu sedang dalam perjalanan ke San Diego.

Kejadian itu didakwa berlaku pada Isnin lalu.

Malah, mereka juga sempat membuat rakaman video, memaparkan objek bersaiz lori sedang terapung di ruang udara pada waktu siang.

"Ia tidak bergerak seperti pesawat atau helikopter. Ia kekal terapung di langit.

"Ia terlalu jauh, terlalu tinggi. Terlalu besar kalau nak kata ia sebuah dorn.

"Boleh dikatakan ia sebesar sebuah lori," ujar Kristian.

Untuk rekod, kawasan seperti Arizona dan Nevada sering dikaitkan dengan penampakan UFO sebelum ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain