suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pawang dari Peru ramal Covid-19 lenyap dari bumi pada 2021

Sekumpulan pawang dari Peru melakukan upacara ritual. Foto: Reuters

SEKUMPULAN pawang di Peru meramalkan bahawa Covid-19 akan 'hilang' dari dunia pada tahun 2021.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa ramalan untuk tahun depan, yang dilakukan ketika satu upacara ritual di ibu kota Peru, Lima.

Pawang Jairo Osco berkata: "Wabak itu akan hilang. Ia akan hilang, ia akan menjadi tenang. Orang ramai akan membuka sisi kerohanian mereka, kedamaian mereka. 2021 sedang dalam perjalanan," katanya.

Upacara itu memperlihatkan sekumpulan pawang memakai pakaian tradisional, melaungkan dan mengangkat sepanduk yang bertulis 'selamat datang 2021' dalam bahasa Sepanyol.

Peru merekodkan lebih daripada sejuta kes positif Covid-19 dengan 37,574 kes kematian.

Negara Amerika Selatan itu turut menangguhkan penerbangan dari Eropah pada minggu lalu kerana penemuan strain mutan Covid-19 yang bermula di United Kingdom (UK). - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain