suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu teruskan hubungan terlarang dengan selamat, kajian dedah kaki curang terdesak ingin disuntik vaksin Covid-19

Dilaporkan lebih 20,000 individu menyertai laman web cari jodoh setiap hari.

INDIVIDU yang curang dengan pasangan masing-masing dilaporkan terdesak untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Ia sekaligus membolehkan mereka meneruskan hubungan terlarang dengan insan ketiga tanpa rasa takut dan khuatir akan dijangkiti wabak itu.

Hal ini didedahkan menerusi satu kajian yang dijalankan sebuah laman web cari jodoh.

Dalam tinjauan dilakukan, 40 peratus kaki curang terdesak mahu mendapatkan vaksin untuk meneruskan agenda peribadi mereka dengan selamat.

Malah, lebih 20,000 individu menyertai laman web cari jodoh setiap hari.

Antara puncanya, mereka bosan terperangkap di rumah dengan pasangan yang sudah tidak mereka cintai sepanjang pandemik.

"Kami dapat banyak maklum balas, mereka mahu disuntik vaksin supaya boleh berjumpa pasangan curang mereka dengan selamat.

"Mereka mahu berjumpa secara fizikal selepas lama terpisah akibat pandemik," kata ahli psikologi, Lucy Beresford yang turut bekerjasama dengan laman web itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain