suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi! Menteri muat naik video nasihatkan rakyat kekal di rumah, rupa-rupanya sedang berada di lokasi percutian!

Phillips menyiarkan video kononnya dia sedang berada di rumah, namun sebenarnya dia berada di sebuah lokasi bercutian terkenal di Perancis. Foto: Getty/@RodPhillips01

SEORANG menteri kanan Kanada berdepan kritikan hebat selepas 'kantoi' sedang berada di kawasan peranginan untuk bercuti.

Menteri Kewangan, Rod Phillips menyiarkan video dari rumahnya pada malam Krismas, sambil menasihatkan rakyat agar mengelakkan perjalanan yang tidak penting bagi mengelakkan penularan Covid-19.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas apa yang kita lakukan untuk melindungi golongan yang berisiko," katanya di dalam video berkenaan, sambil duduk bersebelahan pendiangan di dalam rumahnya.

Namun rupa-rupanya menteri itu sebenarnya berada di Pulau St Barts di Perancis dan dikatakan tiba di lokasi peranginan itu pada 13 Disember lagi.

Ketika ini, pembangkang dan pegawai kesihatan mendesak agar Phillips dipecat.

Phillips dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dia begitu kesal dan segera memendekkan percutiannya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain