suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 2 bulan kritikal selepas disuntik dadah

SEORANG bayi perempuan sedang bertarung nyawa di hospital selepas disuntik dengan dadah.

Menurut polis, bayi berusia dua bulan itu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di sebuah hospital kanak-kanak dekat Fort Worth, Texas.

Bayi perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan suntikan dan didapati positif bahan terlarang itu.

Pihak berkuasa menyifatkan insiden itu kes mengejutkan, lapor saluran berita Local 12.

Polis San Angelo memberitahu bayi malang itu ditemui dekat sebuah kediaman di Webster Avenue pagi Ahad lalu.

Kediaman tersebut dihuni ibu dan nenek bayi tersebut.

Detektif berkata semasa siasatan, ibu bayi tersebut, Destiny Harbour bersalin di kediaman berkenaan pada Ogos lalu.

Malah bayi itu tidak menerima sebarang penjagaan kesihatan formal sejak dilahirkan.

Semasa serbuan dilakukan di kediaman tersebut, polis menemui dadah jenis heroin dan marijuana.

Ibu dan nenak bayi malang itu kini berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mencederakan mangsa. - Dailystar

Artikel Lain