suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara kembali tunai umrah

Jemaah perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik tiba di sana.

KUMPULAN pertama jemaah luar negara menunaikan Umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah itu ditangguhkan selama lapan bulan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan Agensi Anadolu jemaah pada awalnya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sebaik ketibaan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di Twitter berkata jemaah luar negara tidak dikuarantin dan meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram.

Minggu lalu, penerbangan pertama yang membawa jemaah umrah termasuk dari Indonesia dan Pakistan mendarat di lapangan terbang Jeddah. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

umrah, Makkah, Covid-19, Masjidil Haram

Artikel Lain