suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Biden menang di Michigan, Wisconsin… hampir pasti tawan Rumah Putih

Biden hanya memerlukan beberapa lagi saja undi untuk memenangi Pilihan Raya AS.

CALON Demokrat, Joe Biden menang di Michigan dan Wisconsin, meletakkannya pada kedudukan selesa untuk mengambil alih Rumah Putih daripada Presiden Donald Trump.

Dengan kemenangan itu Biden memperoleh 264 undi, hanya tinggal enam saja lagi undi untuk memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Trump pula hanya memperoleh 214 undi setakat ini.

Biden hanya perlu memenangi beberapa undi di negeri seperti Nevada atau Georgia di mana dia turut mendahului.

Trump kini berdepan kesukaran untuk mengekalkan kedudukan sehingga dia menuntut kiraan semula undi dilakukan di Wisconsin.

Terdahulu Trump mengisytiharkan dia menang di Pennyslvania apabila mendapat 383,000 undi di negeri itu.

Namun pegawai pilihan raya menafikan perkara itu kerana lebih sejuta kertas undi masih belum dikira. - The Edge Markets

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain