suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burung kakak tua ‘hero’! Selamatkan nyawa pemilik sedang tidur dengan memanggil namanya berulang kali ketika rumah dijilat api

Burung kakak tua bernama Eric menjadi hero apabila menyelamatkan pemiliknya ketika rumahnya sedang dijilat api. Foto: Nine Metrograb

SEEKOR burung kakak tua menjadi 'hero' apabila berjaya menyelamatkan nyawa pemiliknya daripada rentung ketika kediamannya dijilat api.

Anton Nguyen sedang tidur lena ketika rumahnya di Brisbane, Queensland, terbakar pada Rabu.

Burung kakak tua peliharaannya, Eric, menyedari insiden berkenaan lantas haiwan itu segera 'memanggil' nama 'Anton' beberapa kali untuk mengejutkannya daripada tidur.

Bercakap kepada ABC, Anton berkata: "Saya segera meraih Eric, membuka pintu namun sempat menoleh ke belakang dan melihat api mulai menyala... tanpa berlengah saya terus menyelamatkan diri."

Ketua Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan Cameron Thomas berkata: "Terdapat pengesan asap di rumah itu tetapi burung tersebut lebih awal peka sebelum alat pengesan berbunyi."

Anton dan Eric berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera.

Anggota bomba belum mengetahui punca kebakaran dan masih menjalankan siasatan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain