suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan lengkap belum diperoleh, tapi Trump sudah isytihar kemenangan di Rumah Putih

Dua calon yang akan dipilih oleh rakyat Amerika Syarikat sebagai Presiden untuk tempoh empat tahun lagi. Foto: Reuters/Brian Snyder/File Photo

SUNGGUHPUN belum memperoleh keputusan lengkap dari beberapa buah negeri yang akan menentukan 'pertarungan' Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada pagi Rabu mengumumkan kemenangan ke atas pencabarnya dari Demokrat, Joe Biden.

"Terus terang, kami memang menang," kata Trump kepada penyokongnya di Rumah Putih.

Sehingga kini, keputusan pilihan raya dari beberapa negeri termasuk Pennsylvania, Wisconsin, Michigan dan Georgia, masih belum jelas.

Malah, Edison Research menunjukkan Trump masih kekurangan 270 undi elektoral untuk memenangi pilihan raya itu.

Undang-undang pilihan raya di semua negeri di AS menghendaki semua undi dikira.

Trump menang di Florida, Ohio dan Texas, melenyapkan harapan Biden untuk memperoleh kemenangan awal tetapi calon Demokrat itu mengatakan dia berada di landasan yang betul untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Pengundi di AS bakal memilih sama ada Trump atau Biden sebagai Presiden untuk tempoh empat tahun lagi. - Reuters

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain