Krematorium di Wuhan beroperasi 24/7, pekerja keletihan... tak cukup kakitangan gara-gara banyak mayat dihantar untuk dibakar

Pekerja di rumah mayat mengangkat mayat seorang rakyat Wuhan yang meninggal dunia akibat koronavirus. Foto: Chinatopix via AP

KREMATORIUM atau tempat membakar mayat didakwa beroperasi 24/7 bagi membakar mayat-mayat yang menjadi korban wabak koronavirus di Wuhan.

Pekerja krematorium dilaporkan bekerja tanpa henti kerana mayat sentiasa dihantar untuk dibakar.

Para pekerja mendakwa sekurang-kurang 100 mayat dibakar setiap hari sejak 28 Januari lalu.

Salah seorang pekerja di sebuah rumah pembakaran mayat di Wuhan, dilaporkan mendedahkan mereka terpaksa melalui masa kerja yang panjang memandangkan peningkatan kematian akibat koronavirus.

Dia berkata kesemua pekerja keletihan, selain terpaksa bekerja tanpa peralatan yang sesuai.

Hanya dikenali sebagai Yun, beliau berkata: "90 peratus daripada pekerja bekerja 24/7 ... kami tidak dapat pulang ke rumah"

"Semua rumah pembakaran mayat di Wuhan beroperasi 24 jam"

"Kami benar-benar memerlukan lebih banyak tenaga kerja" - Dailystar

krematorium, koronavirus, mayat, Wuhan

Artikel Lain