Wanita hamil dijangkiti koronavirus selamat bersalin, bayinya disahkan positif 30 jam kemudian

Pasukan paramedik merawat seorang pesakit di sebuah hospital di Wuhan, China. Foto REUTERS

SEORANG bayi yang dilahirkan di sebuah hospital di Wuhan, China menjadi mangsa termuda dijangkiti koronavirus.

Ibu bayi itu disahkan positif jangkitan tersebut, lapor South China Morning Post pada Rabu.

Bayi berkenaan dijangkiti koronavirus kerana virus itu mungkin disebarkan ibunya semasa anak di dalam kandungan, ketika proses kelahiran atau penyusuan.

"Kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai penyebaran virus itu terhadap bayi tersebut," kata seorang doktor.

CCTV menunjukkan bayi itu dalam keadaan stabil.

Sekeping gambar yang disiarkan akhbar China People Daily menunjukkan bayi itu diletakkan di dalam sebuah inkubator. - Businessinsider.my

bayi, koronavirus, ibu hamil, bersalin

Artikel Lain