suria

Pesawat Turki terbelah tiga selepas tergelincir ketika mendarat

Badan pesawat Pegasus Airlines terbelah tiga akibat kemalangan tersebut. Foto: Getty

SEBUAH pesawat penumpang, Pegasus Airlines tergelincir daripada landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul, Turki mengakibatkan badannya terbelah tiga.

Video rakaman insiden tersebut menunjukkan pesawat berkenaan mengalami kerosakan yang teruk, dengan penumpang dilihat berpusu-pusu merangkak keluar menyelamatkan diri melalui badan pesawat yang terbelah.

Kementerian Pengangkutan Turki mengatakan terdapat 177 penumpang di dalam pesawat.

Bagaimanapun, tiada korban jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kebanyakan penumpang yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.

Menurut kenyataan kementerian lagi, kemalangan berlaku akibat 'pendaratan yang kasar'.

Bulan lalu, sebuah pesawat Pegasus turut dilaporkan tergelincir daripada landasan di lapangan terbang yang sama akibat cuaca buruk. - Metro.co.uk

pesawat, Turki, terbelah, landasan

Artikel Lain