Terselamat jadi mangsa rogol selepas pura-pura batuk, beritahu baru pulang dari Wuhan

Suspek yang cuba merogol seorang wanita bertindak melarikan diri selepas mangsanya memberitahu dia baru pulang daripada Wuhan. Foto: AsiaWire/Pingba Police Station)

SEORANG wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol selepas memberitahu penyerangnya bahawa dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan dijangkiti wabak.

Menurut polis, suspek, seorang lelaki bernama Xiao, 25, memasuki bilik tidur mangsa Jumaat lalu di bandar Jingshan, China, yang terletak berhampiran pusat wabak koronavirus itu.

Ketika lelaki itu cuba menyerang, mangsa yang dikenali sebagai Yimou memberitahunya dengan mengatakan: "Saya baru saja pulang dari Wuhan dan telah dijangkiti.

"Kerana itu saya bersendirian di rumah kerana sedang dikuarantin".

Mangsa juga berpura-pura batuk untuk meyakinkan suspek.

Suspek yang ketakutan selepas mendengar kata-kata mangsa bertindak melarikan diri.

Dia bagaimanapun sempat mencuri telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa.

Suspek kemudian berjaya diberkas di Pingba, yang terletak sekitar tiga jam dari Wuhan. - Metro.co.uk

batuk, rogol, Wuhan, wabak

Artikel Lain