suria

Terlalu mahu publisiti, pemuzik buat prank dakwa dijangkiti koronavirus... padahnya pesawat terpaksa berpatah balik

Potok membuat prank mengatakan dia dijangkiti koronavirus, menyebabkan pesawat yang dinaiki 243 penumpang terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan. Foto: Facebook

GARA-GARA 'dahagakan' publisiti, seorang pemuzik amatur bertindak berani dengan mengatakan dirinya dijangkiti wabak koronavirus ketika berada di dalam sebuah pesawat yang membawa 243 penumpang.

Disebabkan tindakan tersebut, pesawat yang dalam perjalanan dari Toronto ke Jamaica terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan kecemasan.

Sebelum itu, pemuzik amatur dikenali sebagai James Potok, 28, membuat pengumuman berbunyi: "Boleh saya dapatkan perhatian semua? Saya baru pulang dari wilayah Hunan, pusat wabak koronavirus. Saya tak begitu sihat. Terima kasih".

Dia kemudian menjelaskan kata-katanya itu hanya gurauan dan dia berharap gurauan itu menjadi tular di Instagram. 

Potok mempunyai lebih daripada 30,000 pengikut di Instagram.

Padahnya, lelaki tersebut diiring keluar daripada pesawat dengan memakai topeng dan sarung tangan sebagaimana yang diminta kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

Potok diberkas dan didakwa atas kelakuannya itu. - Metro.co.uk

publisiti, amatur, pesawat, koronavirus

Artikel Lain