suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kasih seorang bapa, sanggup sewa studio RM6,153 sebulan untuk kucing anaknya

Troy sanggup menyewa sebuah apartmen studio untuk menempatkan dua kucing anak perempuannya.

Troy Good, 43, akhirnya menyewa sebuah pangsapuri pada harga $ 1,500 (RM6,153) sebulan untuk menyimpan dua kucing anaknya tersebut.

Lelaki itu berkata, dia berpindah ke sebuah apartmen baru-baru ini dan mendapati dia tidak dibenarkan untuk menjaga Tina dan Louise iaitu kucing kepada anak perempuannya, Victoria Amith, 18 yang kini berada di kolej.

Troy akhirnya menyewa apartmen studio di belakang rumah kawannya, Dave Callisch di San Jose untuk memberikan kucing itu tempat tinggal baharu.

"Mereka mempunyai pangsapuri kucing yang terbaik di Silicon Valley," kata Good kepada San Jose Mercury News.

Callisch berkata, kucing tersebut adalah penyewa yang baik.

"Ia benar-benar bagus, kucing-kucing itu sangat tenang.

"Tapi, satu-satunya masalah adalah kucing tersebut membuatkan tempat itu berbau." - UPI

kucing

Artikel Lain