suria

Larian paling sejuk di dunia, peserta sahut cabaran 'membeku' dalam suhu -52 Celsius

Salah seorang peserta dalam larian paling sejuk di dunia. Foto Facebook The Siberian Times

SERAMAI 16 peserta berani menyahut cabaran larian paling sejuk dalam sejarah, di perkampungan Oymyakon di Rusia, yang turut dikenali sebagai pusat paling sejuk di dunia.

Oymyakon merupakan kawasan yang berpenghuni paling sejuk di dunia, dengan suhu boleh menurun sehingga bawah -50 darjah Celsius pada musim sejuk.

Kawasan itu begitu sejuk sehingga mereka yang tidak mempunyai pelindung pada muka akan mengalami radang dingin (frostbite) dalam masa beberapa saat. Malah merkuri di dalam termometer juga boleh membeku.

Oymyakon hampir menjadi kawasan tidak berpenghuni, menjadikan ia sesuai untuk maraton, dan pada awal tahun ini, seramai 16 peserta mengambil bahagian dalam larian yang ekstrem itu.

Seramai 16 orang menyahut cabaran menyertai maraton ekstrem. Foto Facebook The Siberian Times

Pada 5 Januari lalu, sekumpulan peserta berusia antara 21 dan 71 tahun menyertai siri maraton bagi 5, 10, 20, 30 dan 42 kilometer (km).

Pada permulaan acara, suhu udara hampir tidak dapat ditahan dengan -52 darjah Celsius, dan apabila satu-satunya pelari yang tiba di penanda 39km, ia kemudian berubah suhu kepada -48 darjah Celsius.

Larian terpanjang yang dapat dilakukan pada hari berkenaan adalah 39km, merupakan pencapaian Ilya Pesterev, seorang ketua kampung Emissa.

Beliau yang paling hampir menyempurnakan maraton sejauh 42km.

Peserta paling muda adalah Innokentiy Olesov berusia 21 tahun dengan larian 10km dalam tempoh satu jam dan lapan minit, manakala pelari tertua adalah Yegor Permyakov, 71, menamatkan larian sejauh 15km dalam masa dua setengah jam. - odditycentral

Oymyakon, larian, maraton

Artikel Lain