suria

Kucing tanpa mata curi perhatian dengan aksi manja

Kazou kehilangan matanya ketika masih kecil akibat selsema.

KAZOU ditemui ketika masih kecil dan matanya sudah rosak teruk akibat mengalami selsema kucing.

Malangnya, mata Kazou tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang melalui pembedahan.

Tetapi itu tidak menghalang Kazou untuk menikmati hidupnya!

Kazou adalah seekor kucing yang memiliki rasa ingin tahun yang tinggi, bersemangat dan tidak mudah rasa takut.

Setiap orang yang bertemu dengan Kazou teruja dengan kelakuannya.

Walaupun dia tidak mempunyai mata, mungkin dia dapat melihat dengan mata hatinya.

Gambar-gambarnya mudah menambat hati peminat kucing yang terhibur dengan aksinya yang bersahaja.

Perkembangan Kazou boleh diikuti menerusi laman Facebook Kazou - das Blindkatzi. - Bored Panda

Kazou

Artikel Lain