suria

Berat 350kg, wanita terpaksa minta bantuan kerajaan

WANITA ini hanya duduk dan baring di katil rumah sewanya kerana beratnya yang mencecah 350 kilogram (kg).

Obesiti melampau yang dialaminya juga menyebabkan dia terpaksa memohon bantuan kerajaan bagi menangani masalah itu.

"Harap kerajaan dapat bantu menurunkan berat badan saya," kata Titi Wati dari bandar Palangka Raya, Kalimantan Tengah 

Laporan Antara menyebut wanita berusia 37 tahun ini mula mengalami masalah berat badan sejak tujuh tahun lalu.

Dia yang dikatakan wanita paling berat di wilayah itu berdepan masalah untuk bergerak dan menghabiskan masanya di katil.

Kata Wati, dia telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badannya termasuk meminum air herba dan ia memberi kesan positif.

Bagaimanapun, harga produk itu yang mahal menyebabkan dia tidak dapat menggunakannya secara konsisten.

"Setiap kali terjaga dari tidur, kaki akan alami kekejangan," katanya yang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan.-JakartaPost


Titi Wati, Kalimantan

Artikel Lain