suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik! Lelaki 'kantoi' jilat loceng rumah jiran selama tiga jam

SATU rakaman menunjukkan tingkah laku pelik seorang lelaki menjilat loceng pintu rumah selama tiga jam.

Rakaman CCTV itu memperlihatkan Roberto Daniel Arroyo begitu teruja dengan loceng rumah jirannya di Salinas, California.

Polis cuba menjejaki lelaki itu yang mensasarkan rumah keluarga Dungan pada malam Tahun Baru.

Ketika kejadian, pasangan itu tiada di rumah tetapi dua anaknya sedang tidur tanpa menyedari ada sesuatu yang menyeramkan berlaku di pintu rumah mereka.

Jurucakap Jabatan Polis Salinas memberitahu ABC7: "Kami sangat terkejut dengan imej itu yang begitu jelas, kita tak mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti individu tersebut."

Arroyo, 33, juga dirakam kencing di taman depan rumah dan mengalihkan kabel 'extension'.

Sylvia Dungan berkata dia berasa bimbang dengan pengalaman itu tetapi mengaku lega kerana tiada perkara lain yang lebih buruk berlaku.

Dia memberitahu KION: "Kamu rasa macam nak ketawa selepas itu kerana, secara teknikal, dia tidak membahayakan sesiapa pun, dia tidak merosakkan apa-apa."

Sylvia menambah: "Apa yang berlaku semata-mata mengukuhkan betapa pentingnya keselamatan dalam rumah."

Pasangan itu menambah mereka juga memastikan loceng pintu itu dibersihkan.

Polis berkata Arroyo juga dipercayai telah menceroboh rumah lain pada malam itu dan boleh didakwa melakukan kecurian kecil. -TheSun

loceng, jilat, pelik

Artikel Sebelum

Artikel Lain