suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jijik! Puluhan lipas 'sorok' dalam telefon

Puluha lipas bersembunyi di dalam telefon. Foto Mirror Online

HARI ini, jarang sekali melihat rumah mempunyai telefon talian tetap.

Kebanyakan orang menggunakan telefon pintar malah boleh membuat panggilan video untuk menghubungi insan tersayang dengan mudah.

Tapi apa yang lebih pelik, dan pastinya mengerikan apabila terdapat sesuatu di dalam telefon talian tetap itu.

Seorang lelaki mendedahkan dia menemui puluhan lipas bersembunyi di sebalik telefon di rumahnya di Australia.

Dia yang bekerja di sebuah syarikat di Sydney memutuskan untuk melihat dengan lebih dekat di sebalik telefon yang kotor dan rosak, yang digantung pada dinding.

Semasa membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila mendapati puluhan lipas mati di dalam telefon itu, kebanyakannya di bahagian wayar.

Dia kemudian berkongsi video mengenai kejadian aneh itu di Facebook sehingga tular.

Beberapa netizen membuat gurauan dengan seorang daripadanya berjenaka: "Saya fikir telefon anda telah diserang serangga."

Ada yang mengatakan ia sesuatu yang menjijikkan.

"Sekurang-kurangnya semua lipas dah mati," kata seorang lagi netizen. - Mirror Online

lipas

Artikel Lain