suria

Wanita sarat mengandung jadi saksi ibu dan kakak maut ditembak bekas abang ipar

Michele dan ibunya yang mati ditembak bekas suaminya.

DALAM satu perbicaraan mahkamah, seorang wanita bercerita mengenai pengalaman ngerinya menyaksikan kakak serta ibu sendiri ditembak mati di depan matanya.

Raven Whitbread, 24 yang sarat mengandung mendedahkan mereka sedang menikmati makan malam sebelum diserang oleh bekas suami kakaknya, pada hari kejadian.

Ujarnya, lelaki berkenaan, Craig Savage meluru melalui tingkap sebelum mengacukan senjata.

Selain menembak mati bekas isterinya, dia turut melepaskan tembakan terhadap ibu wanita itu dan seekor anjing.

Rakaman CCTV memaparkan lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang senjata.

Malah, dia turut mengugut untuk menembak pihak berkuasa sejurus mereka tiba di lokasi kejadian.

Namun, senapang yang digunakannya tidak berfungsi sebelum dia diberkas oleh pihak berkuasa.

Selain tuduhan membunuh, dia juga didakwa pernah mengugut bekas isterinya serta pernah merosakkan kereta keluarga wanita itu.

Menerusi perbicaraan mahkamah, lelaki durjana itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Perbicaraan disambung semula pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.-Mirror.UK.

Tembak

Artikel Lain