Skandal seks dengan pelajar 14 tahun, guru wanita ajak ke rumah, hantar foto bogel - Dunia | mStar

Skandal seks dengan pelajar 14 tahun, guru wanita ajak ke rumah, hantar foto bogel

SEORANG guru wanita dari Florida mengaku bersalah di mahkamah atas kesalahan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya yang berusia 14 tahun.

Stephanie Peterson, 24, mengaku bersalah atas pertuduhan itu termasuklah kesalahan menghantar gambar bogel kepada pelajar yang sama.

Dia mungkin berdepan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Dia yang sebelum ini mengajar di New Smyrna Beach Middle School ditahan pada Februari lalu selepas pelajar tersebut mendedahkan hubungan mereka kepada ibu-bapanya.

Menurut pelajar tersebut, guru berkenaan sering menjemput dia ke rumahnya sewaktu suaminya keluar bertugas sebagai bomba.

Malah, pelajar itu mengaku telah mengadakan hubungan seks bukan sahaja di kediaman Peterson, malah turut melakukannya di dalam kereta dari November 2017 hingga Januari 2018.

Selain itu, guru berkenaan turut memberi ganja kepada pelajar tersebut.

Pejabat Peguam turut mendedahkan paparan perbualan dalam aplikasi Snapchat antara mereka berdua.

Selain mengaku bersalah, Peterson juga bersetuju untuk menjalani rawatan psiko terapi.

Sewaktu perbicaraan, Peterson ditemani bapanya.

Dia sudah bercerai dengan suaminya, sebulan selepas penahanan itu.-DailyMail.

Guru , Pelajar

Artikel Berikut

Artikel Lain