suria

Video adegan seks di tepi tingkap jadi bahan gurauan

SEPASANG kekasih yang dirakam sedang melakukan hubungan seks di tepi tingkap menjadi bualan dan gurauan netizen.

Rakaman video menunjukkan pasangan itu sedang melakukan hubungan seks dan ia telah dimuat naik di Facebook.

Video itu menjadi tular dan telah dikongsi lebih dari 3,000 kali dan turut mendapat komen-komen melucukan daripada netizen.

"Orang sentiasa tanya apa yang saya lihat di London Road, jadi inilah magis tempatan sebagai permulaan..." ujar salah seorang pengikut Facebook.

Seorang lagi pengguna Facebook memberi komen: "Saya telah menemui tempat membaiki telefon yang mampu bayar," gurau Lewis Browne.

Aksi seks di siang hari itu berlaku di sebuah bilik yang terletak di atas sebuah kedai membaiki telefon. -Mirror.uk

Adegan seks, tingkap

Artikel Berikut

Artikel Lain