suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu 'melekat' dengan telefon, anak jatuh dalam jurang antara tren dan platform

KETIKA menunggu kereta api di Stesen Keretapi Beijing, seorang ibu lebih memberi perhatian lebih kepada telefon bimbitnya berbanding anak perempuannya sendiri.

Akibatnya budak perempuan itu terjatuh ke dalam jurang antara platform dan kereta api dalam kejadian pada Selasa.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan dia menangis sambil berteriak ketika anaknya jatuh terperosok, cuba mencapai anaknya itu dengan satu tangan yang dimasukkan ke dalam jurang untuk cuba menariknya ke atas.

Tidak lama kemudian, pekerja stesen turut menghulurkan tangannya dan berjaya mengangkat kanak-kanak itu dengan selamat sebelum berlaku kejadian tak diingini.

Kejadian itu tidak menyebabkan kelewatan dan budak itu hanya mengalami kecederaan di kepala.

Bagaimanapun seorang anak kepada ibu bapa yang obses dengan telefon pintar mereka tidak begitu bernasib baik pada masa lalu apabila digilis kereta api dan terbunuh.

Beberapa tahun lalu, seorang ibu di wilayah Anhui keluar dari kereta api sambil bermain di telefonnya, meninggalkan anaknya di belakang.

Ketika menyedari dia telah melupakan anaknya sendiri, kereta api itu telah meninggalkan stesen tersebut. -shanghaiist

tren, jatuh, cuai

Artikel Lain