suria

Suspek utama kes bunuh wartawan didedah potong badan dengan gergaji sambil dengar muzik

Jamal Khashoggi dikatakan dibunuh dan diseksa oleh Dr Salah. FOTO: AlJazeera

SEORANG bekas pelajar dari United Kingdom (UK) menjadi individu terbaharu yang dikaitkan dengan kematian tragis wartawan Arab Saudi.

Wartawan tersebut, Jamal Khashoggi dilaporkan hilang di kedutaan Arab Saudi di Istanbul, awal bulan ini.

Menurut maklumat terbaharu, Dr Salah al-Tubaigy, pakar bedah yang pernah menuntut di Glasgow pada 2004 dikaitkan sebagai dalang utama kejadian tersebut.

Dia bukan sahaja dikaitkan sebagai punca kehilangan wartawan tersebut malah didakwa turut menyiksanya sehingga mati.

Menurut satu pendedahan, dia dikatakan memotong badan Jamal dengan gergaji sambil mendengar muzik.

Dr. Salah

Malah, penyiksaan yang membawa kepada kematian Jamal itu dikatakan berlaku dalam tempoh tujuh minit sahaja.

Dia dikatakan memasang muzik bagi mengurangkan bunyi bising jeritan mangsa sewaktu sedang diseksa.

Jamal merupakan bekas penasihat kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Selain Dr Salah, pihak berkuasa Turki telah mengenal pasti 15 lagi suspek lain.

Dr Salah turut dirakam tiba di lapangan Terbang Ataturk sekitar 2 Oktober lalu sekali gus menguatkan dakwaan penglibatannya dalam kes tersebut.

Dia sehingga kini masih berdiam diri dan tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung dakwaan berkenaan.

Menerusi informasi diri yang dimuat naik ke laman Twitter, Dr Salah memaklumkan bahawa dia merupakan ketua di Majlis Saintifik dan Forensik Arab Saudi.-Mirror.UK.

Jamal Khashoggi

Artikel Lain