suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu cabul, rakam gambar porno anak perempuan usia 3 tahun

SEORANG ibu disiasat pihak berkuasa atas dakwaan mencabul serta membuat rakaman pornografi melibatkan anak perempuannya yang berusia 3 tahun.

Wanita berkenaan, Kayla Parker, 26, dari Dayton ditahan pihak polis dan kejadian itu dikatakan berlaku di Pennsylvania.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Peguam Pennsylvania, Parker tinggal bersama bekas teman lelakinya, David Carbonaro sewaktu melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia kini didakwa atas kesalahan penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak.

Salah satu rakaman yang ditemui memamparkan tangan wanita itu di dalam seluar dalam anaknya.

Selain itu, hasil siasatan turut menemui ratusan lagi imej dan video anak perempuannya dalam keadaan mengaibkan.

Menurut wanita itu, dia juga pernah membogelkan anaknya sebelum meninggalkannya berdua-duaan bersama Carbonaro di dalam bilik tidur.

Carbonaro ditahan Julai lalu dan sedang menunggu tarikh perbicaraan.

Parker pula dibebaskan dengan jaminan pada Isnin dan pendengaran semula dijangka akan dilakukan pada bulan ini.-Cincinnati.com.

pornografi, cabul, pedofilia

Artikel Lain