suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Profesor sumbat mayat isteri dalam beg

SANDY BAY: Seorang profesor dari Universiti Hong Kong ditahan kerana disyaki membunuh isterinya selepas polis menjumpai mayat yang disumbat dalam beg pakaian di pejabatnya.

Anggota polis menemui mayat wanita berseluar dalam dengan lehernya dililit wayar elektrik dalam beg pakaian yang diletakkan di dalam kotak kayu besar di pejabat Profesor Cheung Kie-chung, 53.

Sebelum ini, Cheung, dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal melaporkan kehilangan isterinya pada 20 Ogos lalu dan memaklumkan dia tidak pulang ke rumah selepas mereka berdua bertengkar.

Bagaimanapun, pihak polis mengesyaki Cheung bertanggungjawab ke atas 'kehilangan' wanita itu selepas rakaman CCTV tidak menunjukkan isterinya keluar dari rumah mereka, manakala Cheung dilihat membawa keluar sebuah kotak kayu besar dari premis itu.

Susulan itu, polis membuat pemeriksaan di pejabat Cheung yang hanya mengambil masa lima minit dari asrama di mana dia tinggal bersama isteri dan anaknya.

“Ada banyak darah yang keluar dari beg itu dan ia berbau busuk,” kata Superintendan Law Kwok-hoi kepada media sambil menambah mangsa berkemungkinan dijerut namun ia hanya dapat dipastikan selepas bedah siasat dilakukan. - AFP

profesor, Hong Kong

Artikel Lain