suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa penggal kepala teman wanita depan mata anak 3 tahun

Insiden berlaku di kediaman pasangan itu di Mount Vernon, Washington.

SEORANG lelaki didakwa memenggal kepala teman wanitanya, dan kekejaman itu disaksikan oleh anak perempuannya sendiri berusia tiga tahun, kata polis.

Kejadian berlaku di Mount Vernon, Washington di Amerika Syarikat.

Timothy Paul Hernandez memberitahu polis bahawa dia mendengar 'suara' yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.

Media tempatan melaporkan, pemuda berusia 32 tahun itu didakwa membunuh.

Pihak polis mendapat panggilan berhubung kejadian mengerikan yang berlaku di 18th Street pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari Ahad lalu (3.45 pagi Isnin waktu Malaysia).

Hernandez dan teman wanitanya tinggal bersama ibu bapanya dan anak perempuannya.

Menurut polis, pasangan itu bertengkar malam sebelum kejadian.

Ibu bapa Hernandez yang menghubungi polis berkata, mereka dalam perjalanan pulang dari gereja Ahad lalu sebelum menemui mayat teman wanita anaknya. - Mirror Online Uk

Artikel Lain