suria

Akibat turuti minat pelik anak suka diikat di belakang van, bapa terima padah

CANKIRI: Seorang bapa ditahan pihak berkuasa Turki kerana mengikat anak perempuannya di belakang van, ketika kenderaan itu sedang dipandu di tengah Turki baru-baru ini.

Insiden itu dirakam seorang pemandu lain di sebatang jalan di daerah Yaylakent.

Klip rakaman video itu menjadi tular dan paling banyak di tonton oleh netizen Turki.

Ia sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai dan menggesa polis bertindak menangkap lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Idris K telah ditahan polis, semalam.

"Anak perempuan saya berusia 13 tahun dan dia suka menggembara dengan cara itu," Idris dilaporkan berkata kepada polis.

Sisatan mendapati, lelaki terbabit mengikat anak perempuannya di belakang van itu sebelum melakukan perjalanan sejauh 700 meter dengan kelajuan 15 hingga 20 kilometer sejam. - Hurriyet

Yaylakent

Artikel Lain