suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua ditahan ajar tiga budak hisap ganja

DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja.

Michaela Pearson, 21 dan Candice Little, 18, didakwa memberi bahan terlarang itu kepada seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Pearson berkata pada awalnya dia sekadar bergurau sebelum seorang kanak-kanak paling bongsu berjaya menghembus keluar asap ganja dari hidungnya.

Video melalui aplikasi Snapchat itu terbesar di media sosial.

Hubungan tiga kanak-kanak itu dengan Pearson dan Little tidak diketahui.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan kedengaran batuk sebaik sahaja menghisap barang terlarang itu.

Namun seorang kanak-kanak lelaki dilihat seperti sudah biasa dengannya.

Lebih menjengkelkan, terdengar suara salah seorang daripada suspek berkata 'beri kepada adik anda'.

Pearson dan Little dari Winston-Salem, NC., ditahan malam Selasa selepas video yang tular itu dikecam netizen.

Mereka ditemui di sebuah motel bersama dengan beberapa jenis dadah.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan mereka kini diletakkan dibawah Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak.

ganja, budak

Artikel Lain