suria

Tarian lucah wanita dipercayai mabuk punca sekumpulan penumpang pesawat diusir

Insiden pergaduhan berpunca daripada tindakan tidak senonoh seorang wanita dalam pesawat tersebut. FOTO: UNILAD

SATU rakaman video memaparkan sekumpulan penumpang bergaduh sesama sendiri di dalam sebuah pesawat.

Insiden itu dikatakan berlaku selepas seorang wanita melakukan aksi tidak senonoh ke atas beberapa penumpang.

Salah seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Josh berkata, wanita tersebut diberi minuman oleh beberapa lelaki sebelum dia mula beraksi liar.

"Dia melakukan aksi seolah-olah menari di atas peha lelaki dan mengeluarkan payudaranya. Keadaan memang kacau bilau, dia berkelakuan tidak senonoh sewaktu pesawat sedang di udara," ujar Josh yang bertanggungjawab merakam video tular tersebut.

Tidak dapat dipastikan jika wanita itu mabuk, namun tindakannya dikatakan menjadi punca utama insiden pergaduhan itu.

Jurucakap syarikat penerbangan easyJet dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami mengesahkan sekumpulan penumpang diusir keluar dari pesawat EZY2095 dari Luton ke Ibiza pada 2 Ogos kerana bertindak menganggu penumpang lain.

"Keselamatan dan kebajikan penumpang menjadi keutamaan kami. Malah, kakitangan kami sudah dilatih untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

"Walaupun kejadian ini jarang berlaku, kami mengambil serius hal ini dan menolak sebarang tindakan yang mengancam orang lain di dalam pesawat," ujarnya. - Metro.UK

easyJet, pergaduhan

Artikel Berikut

Artikel Lain