suria

Lelaki terima padah raba punggung rupa-rupanya...

LELAKI yang ditahan selepas meraba punggung seorang pelayan di sebuah restoran di Savannah, Georgia di Amerika Syarikat, dikenal pasti sebagai bapa kepada dua anak, Ryan Cherwinkski.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah raba punggung

Bapa berusia 31 tahun itu dikatakan  menjalinkan hubungan selama 11 tahun dengan teman wanitanya dan mereka mempunyai dua anak perempuan.

Cherwinkski ditahan pada 30 Jun lalu selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatannya mencabul pekerja restoran berusia 21 tahun, Emelia Holden.

Ketika kejadian, Holden sedang memeriksa menu apabila seorang lelaki berjalan di belakangnya sebelum meraba punggungnya.

Holden yang terkejut dengan tindakan itu kemudian memberi 'serangan balas', menarik Cherwinkski dari arah belakang sehingga lelaki terduduk di kerusi.

Rakan setugasnya kemudian menghubungi polis sebelum menahan Cherwinkski.

Jabatan Polis Savannah mengesahkan video berhubung insiden.

Cherwinski didakwa kerana melakukan gangguan seksual dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 2 Julai lalu.

raba, punggung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain