suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Ditelanjang, diseksa beramai-ramai

Siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan seorang banduan didera. Foto Novaya Gazeta/EAST2WEST NEWS

SEBUAH video menunjukkan tindakan sekumpulan pegawai melakukan penderaan ke atas seorang penghuni di sebuah penjara Rusia, kata peguam hak asasi manusia.

Menerusi video yang menggemparkan itu, seorang banduan, Evgeny Makarov ditelanjangkan sehingga separuh bogel sebelum diserang oleh 10 warden penjara.

"Lelaki tersebut mengerang kesakitan, menjerit dan merayu minta dihentikan," lapor wartawan penyiasatan, Novaya Gazeta, yang mendedahkan penderaan itu.

"Ada masa seseorang mencurahkan air ke kepalanya. Dia dipukul di bahagian kaki, bajunya dikoyakkan dan dipukul di muka," tambahnya.

Insiden keganasan itu dilaporkan berlaku di penjara di wilayah Yaroslavl.

Peguam hak asasi manusia telah membuat aduan bahawa Makarov dipukul, tetapi dinafikan oleh ketua penjara.

Kini mereka yang terlibat dikenal pasti dan siasatan jenayah dijalankan.

Mangsa mengalami lebam dan tidak dapat berdiri atau duduk untuk waktu yang lama.

Insiden tersebut dirakamkan oleh salah seorang pegawai dan diperoleh oleh peguam hak asasi manusia dari organisasi Public Verdict.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca dan tempoh Makarov dipenjara.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Jun tahun lalu. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain