suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Catatan Terakhir Dr Stefan

MATARAM: Beberapa minggu sebelum meninggal dunia ketika bertugas bagi menggantikan rakannya yang menyambut Aidilfitri, Dr Stefanus Taofik telah menulis status yang menyentuh hati di Facebook miliknya.

Posting pada 7 Jun lalu itu umumnya berkisar kisah anak lelakinya yang kini baru mencecah usia dua tahun. Ia bagaikan nukilan seseorang yang telah merasai dirinya akan pergi meninggalkan insan tersayang.

Catatan pakar bius itu dalam bahasa Inggeris mengimbau saat anak sulungnya lahir dan mengharapkan puteranya, Noe itu membesar sebagai seorang lelaki sempurna.

“Pada Hari ini, saya bangga akan yang kamu lakukan. Saya akan mencintai kamu sampai hari berakhir. Dan saya sangat bersyukur karena kamu anak saya."

Doktor berusia 35 tahun itu juga menghargai pengorbanan isterinya sepanjang tempoh melahirkan anak mereka yang hanya 1,840 gram dan mengharungi bersama detik indah membesarkan anak itu.

"Sedikit lebih berat daripada Aqua (air mineral) yang 1.5 liter. "Mama berjaga mata setiap malam membelai Noe,” kata Dr Stefanus memuji isterinya.

Dr Stefanus dilaporkan meninggal dunia ketika sedang berehat di sebuah bilik di Hospital Bintaro Jaya selepas bertugas selama empat hari tanpa henti.

Media Indonesia melaporkan, Dr Stefanus juga  terpaksa bertugas di dua lagi hospital berhampiran kerana semua pakar bius di hospital berkenaan bercuti.

Kematian Stefanus diumumkan dalam akaun Twitter perubatan Indonesia, @blogdokter yang turut memuat naik gambar doktor muda berkenaan.

“Seorang lagi doktor meninggal dunia saat menjalankan tugas, Dr Stefanus Taofik.

“Seorang pakar bius harus berada di setiap pembedahan di dewan bedah dan kadangkala bertugas sampai pagi,” katanya.

Ramai pengguna media sosial turut mendesak supaya kerajaan menetapkan peraturan jam bekerja untuk doktor bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Dr Stefanus, Noe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

RM12 Juta Nilai R2-D2

Artikel Lain