suria

Aksi Langsung Dari ‘Kubur’

JAY Swingler dan Rommel Henry, atau lebih dikenali sebagai ‘TGFBro’, telah membuat keranda sebelum menggali ‘kubur’ di kawasan lapang belakang rumah mereka.

Mereka kemudian berkurung di dalam lubang itu bermula dari pukul 8 malam Khamis selama 24 jam.

Kedua-dua sahabat karib dari Dudley di Barat Midlands itu juga menyiarkan aksi mereka secara langsung dari dalam ‘kubur’.

Sekurang-kurangnya 8,000 pengguna Youtube menonton lagak ngeri mereka.

Beberapa jam sebelum itu, Rommel memuat naik statusnya ke aplikasi Twitter dari dalam ‘kubur’ yang berbunyi, “Punggung kanan saya sudah mula kejang”.

Kelakuan ini sangat berbahaya dan tidak patut ditiru di rumah.

Kedua-dua pemuda itu pernah melakukan pelbagai aksi lain yang menimbulkan kontroversi.

Di dalam salah satu video Youtube, mereka merakam diri ketika masuk ke dalam kereta individu tidak dikenali ketika berhenti di lampu isyarat.

Walaupun ada yang berpendapat ada unsur lucu pada aksi mereka, tetapi ada juga yang ketakutan.

Seorang wanita menjerit dan menangis kerana menyangka dirinya dalam bahaya apabila tiba-tiba kenderaannya diceroboh kedua-dua pemuda itu.

Jay dan Rommel juga pernah mengetuk pintu rumah penduduk setempat dan bertanya jika mereka boleh masuk untuk bermain Pokemon Go.

Tidak kurang juga aksi pelik mereka seperti tenggelam dalam 90 liter sos cili.




Dudley, Jay Swingler

Artikel Sebelum

'Sampah' Hasil Karya Seni

Artikel Berikut

Catatan Terakhir Dr Stefan