suria

Jalan Raya Atas Bangunan

GAMBAR bangunan lima tingkat di bandar Chongqing, China tular di media sosial kerana rekaan seni bina yang unik dengan dilengkapkan dengan jalan raya yang boleh dilalui kenderaan.

Chongqing sememangnya tidak asing lagi dengan reputasi seni bina dan infrastruktur yang pelik dan menarik.

Bandar itu mempunyai muka bumi tanah tinggi dan kekurangan ruang bangunan pangsapuri menyebabkan arkitek serta jurutera terpaksa memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Beberapa seni bina yang terkenal termasuk persimpangan yang mempunyai 15 laluan dengan lapan arah berbeza, 13  jambatan pejalan kaki bertingkat dan yang paling terkenal ialah bangunan pangsapuri yang menjadi tempat laluan tren menerusi bangunan kediaman.

Jalan yang dibina di atas bangunan tersebut telah dibina untuk memudahkan penghuni pangsapuri ke kediaman mereka, kata seorang pengawal keselamatan apabila ditemui The Beijing Youth Daily.

Bangunan lima tingkat yang kelihatan seperti tempat kediaman itu, sebenarnya adalah tempat parkir kenderaan di empat tingkat teratas, sementara tingkat paling bawah dipenuhi kedai.

Bumbung bangunan tersebut dibuat daripada bahan kedap bunyi. Oleh itu, bunyi kereta-kereta yang melalui jalan di atasnya tidak kedengaran.- Oddity Central  


Chongqing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

7E Indonesia Gulung Tikar

Artikel Lain