suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10,000 Tonton Mahkamah Jatuhkan Hukuman Mati

Perbicaraan kes dadah dilakukan secara terbuka. Foto Mail Online

TIGA belas tertuduh di China disabitkan hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah, di mana perbicaraan kes tersebut dibuat di hadapan 10,000 orang.

Menurut laporan media tempatan, mereka didakwa menghasilkan dan menjual dadah di bandar Shanwei, daerah Guangdong, selatan China.

Pada awalnya, seramai 18 tertuduh, tetapi sabitan hukuman terhadap lima tertuduh ditangguhkan.

Dalam perbicaraan pada 24 Jun lalu, lapan daripada mereka menjalani hukuman mati sebaik sahaja perbicaraan berakhir.

Difahamkan, hukuman itu tidak dilaksanakan di khalayak ramai.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama perbicaraan mahkamah secara terbuka dilaksanakan di bandar itu. 

Pada 2015, 38 pengedar dadah dibicarakan di hadapan 10,000 orang sebagai satu usaha untuk mengurangkan kes dadah di daerah tersebut. - Mail Online

Artikel Berikut

Artikel Lain