suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

80 Polis Cedera Bertempur Penunjuk Perasaan

RABAT: Sekurang-kurangnya 80 pegawai polis cedera dalam pertempuran selama dua hari dengan penunjuk perasaan di Rif, Maghribi.

"Kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan cedera dalam insiden di Al-Hoceima, kebanyakannya akibat dilontar batu," kata pengawai kanan Kementerian Dalam Negeri.

Menurut sumber, pada Selasa lalu, 29 anggota polis tercedera dalam pertempuran di Imzouren.

Bagaimanapun, semuanya telah mendapat rawatan dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah penunjuk perasaan yang cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, rakaman video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan polis menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan, menyebabkan ada di antara mereka pengsan dan terbaring di atas tanah.

Menurut polis, tindakan itu diambil selepas beberapa kumpulan melakukan provokasi dengan melontar batu ke arah anggota polis.

Jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi (AMDH), Khadija Ryadi, berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, kira-kira 150 penunjuk perasaan ditahan ketika keganasan berlaku.

"Seramai 40 penunjuk perasaan masih ditahan dan kebanyakannya adalah penduduk sekitar yang datang menyertai demonstrasi," katanya. - AFP






Rabat, Khadija Ryadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ugut: Rakan Trump Disiasat

Artikel Lain