suria

Kapsyen 'LOL' Selepas Muat Naik Rakaman Pukul Isteri

PEMILIK pub ditahan kerana ‘memukul isteri’ selepas rakaman CCTV kejadian itu di muat naik ke akaun Facebook dengan kapsyen ‘Isteri telah diuruskan LOL’.

Lelaki berusia 42 tahun itu, Tim Sheahan, sedang duduk menikmati minuman di bar pada pukul 11.21 pagi sebelum terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diambil dari dalam premis The Field di Neasden, United Kingdom, yang menunjukkan lelaki itu berjalan ke belakang bar sebelum menuju ke sekumpulan lelaki.

Kemudiannya berlaku pergelutan di antara mereka dan Sheahan dilihat terjatuh di lantai.

Rakaman itu kemudian menunjukkan dia menyeret seorang wanita yang dipercayai isterinya, Janusauskiene di bar sebelum membiarkannya terduduk di lantai.

Tidak dinyatakan mengapa atau bagaimana rakaman CCTV di muat naik ke akaun Facebook milik Sheahan.

Pegawai polis menahan suspek kerana disyaki sengaja mencederakan orang awam dan telah dibawa ke balai polis di utara London.

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan mengesahkan insiden itu dipercayai berkaitan hal rumah tangga.

Katanya, polis sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini, lelaki berusia 42 tahun itu telah dibebaskan.

CCTV, The Field

Artikel Sebelum

7E Indonesia Gulung Tikar

Artikel Berikut

Artikel Lain