suria

Jemaah Terawih Maut Dirempuh Van, 8 Cedera

SEKURANG-KURANGNYA seorang penduduk Islam maut dan lapan mangsa lagi cedera selepas sebuah van putih merempuh jemaah Masjid Finsbury Park di utara London, Britain.

Seorang lelaki ditahan berhubung kejadian itu dan saksi kejadian menceritakan bahawa pasukan polis memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang terlibat dalam insiden yang berlaku pada pukul 12.20 tengah malam Isnin di Jalan Seven Sister, Finsbury Park.

Rata-rata mangsa dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat terawih di Masjid Finsbury Park.

Polis mengklasifikasikan serangan itu sebagai insiden dan seorang indvidu ditahan selain beberapa ambulans telah dihantar ke tempat kejadian.

Seorang saksi memberitahu BBC: "Ada sebuah van putih berhenti di luar kawasan masjid dan kelihatan sudah melanggar beberapa orang yang keluar dari masjid itu sebaik mereka habis solat."

Lembaga Muslim Britain menulis di Twitter: "Kami dimaklumkan ada sebuah van melanggar jemaah yang keluar dari Masjid #FinsburyPark. Doa kami ditujukan buat mangsa."

Polis Metropolitan dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihak polis menerima panggilan selepas pukul 12.20 pada 18 Jun untuk melaporkan mengenai kejadian itu.

"Pegawai kami berada di lokasi kejadian bersama perkhidmatan kecemasan.

"Terdapat beberapa nahas berlaku.

Pasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan berhubung insiden itu.

Finsbury Park

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain